Negeri dan bandar Mexico

Negeri di Mexico

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di MexicoMexico terdiri daripada 31 negeri atau "estados" dan Daerah Persekutuan Mexico atau "Distrito Federal". Kawasan Metropolitan Bandar raya Mexico , termasuk Daerah Persekutuan dan kawasan bersempadannya, merupakan bandar berpenduduk paling padat di dunia.

Peta Mexico

Setiap negeri mempunyai perlembagaan dan kongres masing-masing, dan rakyat setiap negeri memilih wakil mereka melalui pengundian langsung, seorang gabenor (gobernador) untuk satu penggal selama enam tahun, juga sebagai wakil-wakil (diputados) untuk mewakili negeri masing-masing di kongres, untuk penggal selama tiga tahun.

Distrito Federal adalah berlainan daripada negeri-negeri lain kerana ia adalah satu bahagian politik yang khas di Mexico milik kerajaan persekutuan secara keseluruhannya dan bukan untuk satu kerajaan tempatan tertentu, dan oleh itu, lebih terhad kuasa setempatnya.

Negeri-negeri orang Mexico adalah juga dibahagikan kepada majlis perbandaran (municipios), entiti politik rasmi dan paling kecil di Mexico.

Bandar Metropolitan paling utama

Palacio Nasional adalah parlimen Mexico yang terletak di Bandar raya Mexico.

Bandar-bandar metropolitan yang paling besar di Mexico adalah seperti senarai di bawah menurut jumlah penduduknya.